- Mengucap kalimah syahadah ketika wafat maksudnya :''sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucap La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga''. ( Hadis Riwayat Hakim )
- Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya ( dahi ) berkeringat kemudian dia berkata "Allah akhbar , sungguh aku terdengar Rasulluallah bersabda 'Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat didahinya'.( Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud )
- Wafat pada malam jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulluallah bermaksud ''Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah menghindarkanya dari seksaan kubur'' ( Hadis Riwayat Ahmad )
- Mati syahid di dalam medan perang
- Mati dalam peperangan fisabilliah. Rasulluah bersabda , maksudnya :''Apa kalian kategorikanku sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: '' Wahai Rasulluallah , yang kami anggap mati syahid adalah sesiapa yang mati terbunuh di jalan Allah SWT ,''. Baginda bersabda ''Kalau begitu umatku yang mati syahid adalah sangat sedikit''.Kalangan sahabat kembali bertanya :'' Kalau begitu sesiapa sahaja yang diantara mereka yang mati syahid wahai Rasulluah ?'' Baginda menjawb :''Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah SWT , dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut ( iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya _, dialah syahid dan orang yang mati tenggelam dialah syahid''.( Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi )
- Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulluah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut : Rasullulluah bersabda , maksudnya ''Penyakit kolera adlah penyebab mati syahid bagi setiap muslim ''. ( Hadis riwayat bukhari , ath-Thayalusi dan Ahmad )
- Mati kerana tenggelam
- Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah, Dalil dari dua pekara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud :'' Kalangan syuhada itu ada lima *orang yang mati kerana kolera , kerana sakit perut , tenggelam , tertimpa runtuhan bagunan dan syahid berperang di jalan Allah SWT,'' ( Hadis riwayat Imam Bukhari , Muslim at-Tarmidzi dan Ahmad )
- Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak
- Mati terbakar
- Mati kerana penyakit busung perut . Mengenai dua pekara ini
KEMATIAN adalah satu pekara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu meyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya..Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sevagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat .. Jika baik amalan kita di dunia maka baik juga di alam kubur. Sebaliknya jika buruk amalan kita pasti seksaan berat menanti. Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat,sakit ia proses alamiah kepada sesebuah kehidupan. Allah berfirman "katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata'' (Surah Juma'ah ayat 8). Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam barzakh dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat. Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam 'husnul khatimah'. Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya