Assalamualaikum warahmatullohi Wabarakatuh

Marquee

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih :)

21 tahun kdg2 angin molek , kdg2 dop berangan itu rutin harian online suke politik suke multimedia n programming , tp tk prnah faham ape yg lect ajar susah jatuh cinta , susah melafazkan , susah melupakan swimming

Manusia berusaha mendapatkan apa yang mereka inginkan , tanpa pengetahuan manusia , Manusia sudahpun dapat apa yang mereka perlukan , Ya Allah , Terima kasih

JOM DETOKS BADAN !

ASSALAMUALAIKUM ! sudaaa agak lama aku tk lepak kat blog ni ade dalam 30 taun ( penipu beso ) okay malas nak citer banyak aku ade ke aku tkde ke, tetap tkde orang baca blog merapu aku ni.


minum air kosong mineral masak suam adalah peberet aku.. bukan terpaksa tetapi mmg btol peberet. walaupun aku tk pernaah jaga permakanan aku. suka ati aku nak makan apa nak makan jam berapa nak makan kat mana memang suka ati aku. tapi bab air mmg aku amalkan minum air kosong 3 liter ari2.

alhamdulilah mungkin sbb tu walaupun aku gemuk tp tkde penyakit LAGI. maybe not now.


okay. Kadang2 aku terpiqiaqqq bosan gak la minum air masak ni walaupun kelebihan dy banyak sangat ! aku cuba google dan aku sendiri buat. Air ni PERAP tau BUKAN BLEND. Ingat tu jangan tanya kenapa sebab aku sendiri TAK TAUUU.

 

 

siapppp !! senang je kan. TIMUN JEPUN + LEMON + DAUN PUDINA

ada orang suka letak  halia pun boleeyy iris nipis2 tau... letak dalam peti ais semalaman.

pagi tu atau afte lunch boley minum. series sedap ! tapi mesti korang agak terganggu dengan kehadiran timun kat situ kan. tapi percaya cakap aku..timun sikit pun TAK menganggu rasa air tu. yg rasa cuma pudina dan lemon je..daa boley bayangkan tekak korang kan? rasa fresh je kan.


oo yaa bahan2 ni boley digunakan SEKALI je tau.. jgn refill 5-6 kali plak. esok boley tukar yg baru :) ari ni ari pertama try. series badan ringan dan proses pembuangan tu cantik sgt opps :) selamat ,mencuba yer gengss !

 

bayang bayang mati

dulu aku ada 2 bayang ,
dimana 2 bayang itu ikut aku ,
sambil aku senyum sambil 2 bayang ikut aku ,

2 bayang tak pernah jemu teman aku ,
2 bayang sayang sangat pada aku ,
cinta sekali ,

2 bayang hilang ,
tinggal 1 bayang ,
1 bayang sunyi ,

1 bayang cari 2 bayang ,
2 bayang tak muncul ,
2 bayang pergi mana ?

jawapan dah ada ,
2 bayang sudah mati ,
tinggal 1 bayang ,

kini aku cuma ada 1 bayang ,
aku terlewat lagi ,
bayang bayang mati

Mari belajar bahasa Syurga !

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

Kenapa aku bertudung ?

Assalamualaikum , lama rasanya tak bertenggek disini , kalau dulu ada je benda nak diceritakan ! macam2 jenis cerita ku luahkan disini , dan mmg tak dinafikan 9/10 jenis cerita semuanya tentang dia , Hehe , kisahlama , and now aku sedar , aku memang takkan dapat dia .
                                    

 ****

tak tak , aku sign in kat sini bukan nak cerita tentang dy yg pasti bukan milik aku , tak bukan not sama sekali , aku ingin ceritakan tentang pehijrahan diriku yg maseh aku tertanya2 , adakah ALLAH SWT terima taubatku ? kebaikkanku ? pahalaku ? amalanku ? Ya Allah .. pelikkan ? aku yg dulu nya sangat MENIDAKKAN islam , kini telah menjadi seorang yg taat padaNya , In Shaa Allah .
Allah maseh menyayangi aku , walau seribu dan berjuta dosa aku buat , Dia maseh menyedarkan aku , Dia wujud , Selama 19 tahun dunia aku gelap , Mashaallah . solatkah aku ? cium bau sejadah pun sangat jarang . terpaksa di PLKN . sangat terpaksa . maseh tk sedar , maseh dgn dunia sementara aku , berpura pura berfoya foya seronok sangat , dimana Allah ? mana Tuhanku ? bergaul sana sini , berpegang sana sini namun Alhamdulilah bila aku dapat memelihara kesucianku smpai sekarang. Allah maseh menyayangi aku. bila kekasihNya bangun , menyucikan diri , aku maseh pejam mata bersama syaitan .. subuh ? Qunut pun tk pernh aku hafal...

                                                                          **********
ceritanya bermula bila aku menghina orang bertudung , kata aku muka nya jelek seperti orang tua*tetibe indon , hahha , malam kejadian tu aku pergi berfoya2 dengan kawan2 aku , bergaul tak kire jantina , tapi serius malam tu aku tk happy , mungkin maseh terkejut dengan ape yg aku ckap tadi , orang bertudung nmpak tua , Allah ampunilah aku , malam tu aku balek awal sbb mmg tkde mood nak galok2 .. badan aku panas , hati aku tk keruan sangat , aku tak happy , tidur berguling2 , masalah takde , boypren lagi lah takde , pelajaran okay , ape yg aku fikirkan , aku bangun cuba tenangkan diri , aku on laptop aku cari cara tenangkan hati , aku terjumpa zikir tenang hati on youtube , aku cuba pasang , Subhanaallah , tenangnyaa ... selepas dari tu , aku mula tutup sikit demi sikit aurat , bermula dari half shawl aku pakai , sampai lah full ! alhamdulilah sampai sekarang , aku maseh bertudung cuma masih banyak perlu diperbaikikan lagi ,

Petua aku untuk teruskan bertudung
<3 Aku potong rambut senget benget , *dalam hati menanges lah jugak , beratus pergi buat kat salon , tapi niat kerana Allah SWT ,
<3 setiap kali keluar mesti malu dengan rambut yang senget benget tu kan ? mesti nak kene tarik tudung pakai ,
<3 dah dalam 2 bulan rambut senget benget ala2 lady gaga ni , baru lah aku pergi salon untuk otter balik rambutku , dah macam pengkid comel la pulak , perasan ? kbye .
<3 n last skali , kita dah terbiasa dengan penampilan begini , alhamdulilah aku maseh bertudung ,

tuuu tuu sayee , yang tk pakai niqabb tuu , tuu yang kedua tepii tuuu , tuuuu tuuu laahh :D



KEMATIAN adalah satu pekara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu meyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya..Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sevagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat .. Jika baik amalan kita di dunia maka baik juga di alam kubur. Sebaliknya jika buruk amalan kita pasti seksaan berat menanti. Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat,sakit ia proses alamiah kepada sesebuah  kehidupan. Allah berfirman "katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata'' (Surah Juma'ah ayat 8). Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam barzakh dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat. Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam 'husnul khatimah'. Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya

  1. Mengucap kalimah syahadah ketika wafat maksudnya :''sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucap La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga''. ( Hadis Riwayat Hakim )
  2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya ( dahi ) berkeringat kemudian dia berkata "Allah akhbar , sungguh aku terdengar Rasulluallah bersabda 'Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat didahinya'.( Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud )
  3. Wafat pada malam jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulluallah bermaksud ''Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah menghindarkanya dari seksaan kubur'' ( Hadis Riwayat Ahmad )
  4. Mati syahid di dalam medan perang
  5. Mati dalam peperangan fisabilliah. Rasulluah bersabda , maksudnya :''Apa kalian kategorikanku sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: '' Wahai Rasulluallah , yang kami anggap mati syahid adalah sesiapa yang mati terbunuh di jalan Allah SWT ,''. Baginda bersabda ''Kalau begitu umatku yang mati syahid adalah sangat sedikit''.Kalangan sahabat kembali bertanya :'' Kalau begitu sesiapa sahaja yang diantara mereka yang mati syahid wahai Rasulluah ?'' Baginda menjawb :''Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah SWT , dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut ( iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya _, dialah syahid dan orang yang mati tenggelam dialah syahid''.( Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi )
  6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulluah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut : Rasullulluah bersabda , maksudnya ''Penyakit kolera adlah penyebab mati syahid bagi setiap muslim ''. ( Hadis riwayat bukhari , ath-Thayalusi dan Ahmad )
  7. Mati kerana tenggelam
  8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah, Dalil dari dua pekara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud :'' Kalangan syuhada itu ada lima *orang yang mati kerana kolera , kerana sakit perut , tenggelam , tertimpa runtuhan bagunan dan syahid berperang di jalan Allah SWT,'' ( Hadis riwayat Imam Bukhari , Muslim at-Tarmidzi dan Ahmad )
  9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak
  10. Mati terbakar
  11. Mati kerana penyakit busung perut . Mengenai dua pekara ini

kamu ada di setiap pergerakanku ,

hari hari aku menanti kau seperti aku mati , dan hidup bila kau kejutkan aku dalam mimpi aku , seperti dunia ni milik aku bila kau muncul dalam mimpi aku , hari hari aku memikirkan kau seperti aku bernafas dalam air dan ada di darat cuma bila kau juga memikirkan aku ,dunia ini milik aku bila kau ada di setiap hati aku , saat pertama kali kau muncul dalam hidup aku , hati aku seperti berkata meronta ronta meminta sesuatu , saat pertama kali aku melihat kau memakai pakaian hijau , aku rasa , dunia ini milik aku , aku rasa aku lah satu2nya manusia yang ada dalam bumi ini , aku bebas terbang berlari menyanyi dengan riang , setiap nafas aku , tak pernah satu saat pun aku lupakan kau , kamu ada disetiap pergerakkanku , kini sudah setahun lebih semuanya berlalu , aku tetap menunggu kamu , tak sedikit pun rasa ingin memiliki kamu , kerna cinta tak seharusnya memiliki :) hari ni , aku nak cakap , aku tetap cintakan kamu mesti tak pernah memiliki kamu sayang :)

I love my Twitter but I hate mylife !

Twitter ! Twitter ! macam aku sorang ade twitter !